if...
if you knew the pain inside of me,
if you really
knew what it feels like,
you would only treat me with care
if you knew how deserted of love
my life has been,
you would only pour love on my heart.
blog aku
Terakhir by Sufian Suhaimi (9.48 MB)”/>
Sunday, 24 July 2016
I told you how much I loved you
and how much you loving me meant to me
I told you that if I looked at my whole life,
you were one of the best things that happened to me
I asked you to forgive me,
for all of the hurtful words I said
I only said them because I was so angry
THAT YOU STOPPED LOVING ME
so you said "okay"
and I said "this is exactly why we are here"
we both went silent
you- because you knew I was saying the truth
and me- because I knew that there was nothing left to say
Sunday, 19 June 2016
dulunya hati gak pernah merasa dingin
sehinggalah hujan turun lebatnya gak berhenti
ribut melanda hati duka merundung jiwa
salji menyelimuti seluruh hati
adakah itu hukuman buat aku yang setia
yang tulus sama sang cinta
kaya cinta pada panasnya hari
kaya cinta pada embun pagi hari
kaya cinta pada tenggelamnya matahari
kemudian menyinar pada keesokan harinya
sampai kapan hujan ini?
berhentilah.............
hazimah
20/6/2016 10.41am
Tuesday, 19 April 2016
PENIPUAN MANUSIA GUNA ISLAM (DANA DATUK LUKMAN TERBARU)
hari ni aku nak tulis pasal penipuan manusia melalui pelaburan. Haaaa... aku tulis ni sebab aku rasa terpanggil dan kesian dengan nasib orang Melayu yang tertipu oleh manusia yang tak berhati perut. Nak dijadikan cerita, adela pelaburan ape tah nama, macam-macam nama yang di dengar dan ditukar-tukar tapi corak permainan sama je. Lukman lah, Jasman lah, tapi 'man' tu tetap sama. Nanti letak lah Seman, Jeman yer...TAK KISAHLAH MANA-MANA PELABURAN yang aku nak highlightkan kat sini, jangan guna ISLAM untuk keuntungan haram! corak pelaburan ni, orang muslim je yang boleh join. Kalau kau kafir tak leh join (selamat laaa orang Cina India yang bukan islam) So, kau bagi dulu sejumlah duit, tak kisah lah, Rm1000, Rm2000 atau lebih, yang penting labur pastu dapat pulangan berjuta. Rm50 pun hade dan Rm50 tu ko boleh dapat 1bilion. Mak ai, kayo mok bapok aku.. sedihnya betapa senangnya kita tertipu dengan 1bilion tu. Terus kabur. logik tak??????
sebab ape mangsa percaya? mulut longkang dorang la... SANGAT LEMBUT DAN MEMANIPULASIKAN AGAMA UNTUK PUJUK KITA. dorang akan cakap
sebab ape mangsa percaya? mulut longkang dorang la... SANGAT LEMBUT DAN MEMANIPULASIKAN AGAMA UNTUK PUJUK KITA. dorang akan cakap
"alhamdulillah, dan syukur kepada Allah swt, hari ini dengan rasminya semua urusan sistem dan loading telah dapat disempurnakan. Cuma urusan keselamatan akan siap sepenuhnya sampai akhir bulan ini. Awal bulan tiga bermulalan urusan kecairan dan serahan pada peneriman secara berperingkat, terima kasih pada semua ketua-ketua, leader-leader dan ahli-ahli yang tetap bersama hingga ke garisan penamat. InshaAllah apa yang telah diusahakan dan ditunggu sekian lama akan menjadi kenyataan dan merasa bersama rezeki ini. InshaAllah amin"
NI CONTOH LAGI:
"Assalam, kita masih menyiapkan kerja2 akhir sehingga minggu ini, insyaAllah minggu hadapan ini adalah mutamad utk kita terima, sedikit masa yg kita ada utk perkemaskan semua urusan kumpulan, harap anda pun dpt perkemaskan juga, bila sampai waktunya maka terjawab lah semua pertuduhan dan soalan, buat masa ini kita teruskan berdoa dan bersabar hendaknya, insyaAllah Allah akan berikan petunjuk dan kekuatan pd semua, itu yg kita selalu mohonkan, insyaAllah dipermudahkan, amin"
NAMPAK TAK? lembut kan cara dorang ni. Pastu masalah timbul di mana, Awal bulan tiga dorang akan cakap "kami memerlukan RM200K untuk buat insuran bagi pelepasan duit. Sapa yang top up dapat bla bla bla. Ayuh, sama-sama kita merealisasikan tak lama lagi, sedikit lagi"
haaaa...nampak tak permainan kat situ? dorang akan cakap tempoh itu ini, tapi bila dah sampai tarikh tersebut, ade je halangan, alasan. Dahtu pulak insuran di atas nama "TAKAFUL' untuk mengaburi mata mangsa. wah, senang je engko buat nama takaful tu kan? mangsa pulak, asyik top up dan menghabiskan duit belanja demi bayar insuran tu. Yang ni belum sampai ke kemuncak lagi. Yang part paling best lagi, mangsa ni kena bukak akaun bank international untuk urusan agihan duit tu. Bank tu pulak ade satu je kat Malaysia ni kat Kolumpo.
Aku difahamkan dana/portion ni dah wujud dari tahun 2009 lagi. Ade yang dah meninggal dunia dok tunggu benda ni. Kalau benda ni betul dan sahih, takkan laaa dalam beribu-ribu sorang pun tak dapat sampai dah tahun 2016. Kalau benda ni betul, mana hitam putih perjanjian/surat untuk segala urusan? MANA LESEN KAU? pelaburan kena ade lesen! kenapa tak tampil dan tunjukkan muka sape datuk tu? sebab alasan rahsia kerajaan? sekarang makin ramai yang tertipu di seluruh Malaysia dengan aplikasi Whatsapp, Telegram dan melupakan urusan hitam putih. Ini lah punca mangsa lebih senang tertipu dan bergantung dengan ayat-ayat manis jilake ni. Dorang cakap duit ni untuk orang muslim, hak orang muslim. Kalau tau diri tu muslim, ko tak buat laa benda ngarut ni. Kalau ko pegang agama kau, ko tak tipu duit seagama dengan ko. Dalam pelaburan ko guna nama Islam, tapi ko tak guna nama Islam untuk urusan harian ko. Kat dunia ko kenyang lah makan duit dorang ni, tapi duit haram yang ko makan tu laaa yang akan membinasakan kau kat akhirat nanti.
kat sini aku bagi link untuk korang baca komen dan reaksi mangsa yang tertipu:
(link kedua tu update sampai APRIL 2016, tolong baca)
dalam link ni, mangsa dah join dari tahun 2014 sehingga sekarang dan ade sedikit maklumat tentang dana lain. Tolong baca dan sebarkan ye demi adik-adik, kakak-kakak, abang-abang pak cik mak cik kat luar tu haaa...
yang link ni pulak forum. TOLONG BACA!!!!
Aku pohon laaaa buat mereka yang merancang nak join, tolonglaaa, aku merayu sangat ni, fikir 200 kali, 300 kali atau fikir sampai mampos sebelum join. sebab benda ni berkaitan dengan duit. DUIT BRO. Benda ni merenggangkan keluarga dan menjarakkan manusia serta membengkrapkan!! demi nak kaya, semua pon sanggup ye dok? INGATLAH bahawa duit tak datang bergolek ngadap muke. Duit datang dengan usaha (BKN USAHA TOP UP YER) dan doa selepas kita rajin berusaha dengan tangan yang Allah bagi kat kite. Duit tak datang dengan doa je. Itu kita kena faham.
YANG INI KOMEN YANG AKU BACA DARI SEORANG ANAK:
Anak Ayah
Saya sangat harap perkara ini tak menipu. Saya sedih tengok ayah yang sentiasa tertekan, kurang bercakap dan kurang meluangkan masa dengan kami. Ayah saya ialah seorang usahawan yang berjaya tetapi sejak ayah terjebak dengan perkara ni ayah dah jadi lain. Lebih banyak berrahsia. saya tahu pun sebab saya terbaca mesej mesej kawan ayah. Saya tahu ayah tak happy dan nak stop tapi seakan sudah terlajak hanya mampu menunggu moga ia bukanlah mimpi.
Saya tak harap pun duit juta-juta tu cuma saya harap org yang bertanggungjawab dpt pulangkan kembali duit ayah semula atau cukuplah jangan diperas lagi suruh ayah tambah lagi duit.
Ayah dah takde apa dah. Bisnes pun banyak hutang. Mujurlah kami adik beradik byk yg dh berdikari.
Saya mohon cukup cukuplah buat orang tua macam ni.
Kasihan ayah kami, masih setia menunggu pulangan yang entah bila mahu tiba.
Ayah dah takde apa dah. Bisnes pun banyak hutang. Mujurlah kami adik beradik byk yg dh berdikari.
Saya mohon cukup cukuplah buat orang tua macam ni.
Kasihan ayah kami, masih setia menunggu pulangan yang entah bila mahu tiba.
Saya percaya tiada manusia lebih2 lagi yang mempunyai iman mampu tidur lena dengan menipu muslim yang lain.
Cukup lah, jangan sampai hukuman Allah itu tiba kerana Allah tak pernah tidur. Allah mengetahui apa yang berlaku.
Ingatlah doa orang dizalimi itu tiada hijab.
Cukup lah, jangan sampai hukuman Allah itu tiba kerana Allah tak pernah tidur. Allah mengetahui apa yang berlaku.
Ingatlah doa orang dizalimi itu tiada hijab.
Jika masih ada sekelumit belas ehsan, mohon hentikan kegiatan ini semua. Kadang kala yang kita inginkan bukan harta kekayaan tetapi ketenangan hidup untuk bekalan negeri kekal akhirat.
Mohon maaf tersalah kata,
Dari seorang anak
Dari seorang anak
HAAA.... sedih kan? nak menanges pulak aku nih..heheh
Kepada yang dah tertipu tu, dah terlambat nak tuntut balik duit sebab dorang takkan bagi balik punya. gerenti siot. Dan kepada yang masih percaya dana-dana ni jasman, ke lukman ke atau pelaburan lain tu,ha, korang tunggu je sampai akhir dan aku nasihatkan supaya tak top up dah. Nak melabur jugak, laburlah duit korang tu untuk ASB atau pelaburan yang berlesen. Kalau dah teringin sangat, laburlah ke syarikat-syarikat besar..haaa kaya teros..
Alangkah indahnya kita titipkan rase bersyukur dengan kehidupan yang dah sedia ade untuk kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)