Terakhir by Sufian Suhaimi (9.48 MB)”/>

Tuesday, 19 April 2016

PENIPUAN MANUSIA GUNA ISLAM (DANA DATUK LUKMAN TERBARU)

                baiah
hari ni aku nak tulis pasal penipuan manusia melalui pelaburan. Haaaa... aku tulis ni sebab aku rasa terpanggil dan kesian dengan nasib orang Melayu yang tertipu oleh manusia yang tak berhati perut. Nak dijadikan cerita, adela pelaburan ape tah nama, macam-macam nama yang di dengar dan ditukar-tukar tapi corak permainan sama je. Lukman lah, Jasman lah, tapi 'man' tu tetap sama. Nanti letak lah Seman, Jeman yer...TAK KISAHLAH MANA-MANA PELABURAN yang aku nak highlightkan kat sini, jangan guna ISLAM untuk keuntungan haram!   corak pelaburan ni, orang muslim je yang boleh join. Kalau kau kafir tak leh join (selamat laaa orang Cina India yang bukan islam) So, kau bagi dulu sejumlah duit, tak kisah lah, Rm1000, Rm2000 atau lebih, yang penting labur pastu dapat pulangan berjuta. Rm50 pun hade dan Rm50 tu ko boleh dapat 1bilion. Mak ai, kayo mok bapok aku..  sedihnya betapa senangnya kita tertipu dengan 1bilion tu. Terus kabur. logik tak??????





sebab ape mangsa percaya? mulut longkang dorang la... SANGAT LEMBUT DAN MEMANIPULASIKAN AGAMA UNTUK PUJUK KITA. dorang akan cakap
"alhamdulillah, dan syukur kepada Allah swt, hari ini dengan rasminya semua urusan sistem dan loading telah dapat disempurnakan. Cuma urusan keselamatan akan siap sepenuhnya sampai akhir bulan ini. Awal bulan tiga bermulalan urusan kecairan dan serahan pada peneriman secara berperingkat, terima kasih pada semua ketua-ketua, leader-leader dan ahli-ahli yang tetap bersama hingga ke garisan penamat. InshaAllah apa yang telah diusahakan dan ditunggu sekian lama akan menjadi kenyataan dan merasa bersama rezeki ini. InshaAllah amin"
NI CONTOH LAGI:
"Assalam, kita masih menyiapkan kerja2 akhir sehingga minggu ini, insyaAllah minggu hadapan ini adalah mutamad utk kita terima, sedikit masa yg kita ada utk perkemaskan semua urusan kumpulan, harap anda pun dpt perkemaskan juga, bila sampai waktunya maka terjawab lah semua pertuduhan dan soalan, buat masa ini kita teruskan berdoa dan bersabar hendaknya, insyaAllah Allah akan berikan petunjuk dan kekuatan pd semua, itu yg kita selalu mohonkan, insyaAllah dipermudahkan, amin"
NAMPAK TAK? lembut kan cara dorang ni. Pastu masalah timbul di mana, Awal bulan tiga dorang akan cakap "kami memerlukan RM200K untuk buat insuran bagi pelepasan duit. Sapa yang top up dapat bla bla bla. Ayuh, sama-sama kita merealisasikan tak lama lagi, sedikit lagi"
haaaa...nampak tak permainan kat situ? dorang akan cakap tempoh itu ini, tapi bila dah sampai tarikh tersebut, ade je halangan, alasan. Dahtu pulak insuran di atas nama "TAKAFUL' untuk mengaburi mata mangsa. wah, senang je engko buat nama takaful tu kan? mangsa pulak, asyik top up dan menghabiskan duit belanja demi bayar insuran tu. Yang ni belum sampai ke kemuncak lagi. Yang part paling best lagi, mangsa ni kena bukak akaun bank international untuk urusan agihan duit tu. Bank tu pulak ade satu je kat Malaysia ni kat Kolumpo. 
Aku difahamkan dana/portion ni dah wujud dari tahun 2009 lagi. Ade yang dah meninggal dunia dok tunggu benda ni. Kalau benda ni betul dan sahih, takkan laaa dalam beribu-ribu sorang pun tak dapat sampai dah tahun 2016. Kalau benda ni betul, mana hitam putih perjanjian/surat untuk segala urusan? MANA LESEN KAU? pelaburan kena ade lesen! kenapa tak tampil dan tunjukkan muka sape datuk tu? sebab alasan rahsia kerajaan? sekarang makin ramai yang tertipu di seluruh Malaysia dengan aplikasi Whatsapp, Telegram dan melupakan urusan hitam putih. Ini lah punca mangsa lebih senang tertipu dan bergantung dengan ayat-ayat manis jilake ni. Dorang cakap duit ni untuk orang muslim, hak orang muslim. Kalau tau diri tu muslim, ko tak buat laa benda ngarut ni. Kalau ko pegang agama kau, ko tak tipu duit seagama dengan ko. Dalam pelaburan ko guna nama Islam, tapi ko tak guna nama Islam untuk urusan harian ko. Kat dunia ko kenyang lah makan duit dorang ni, tapi duit haram yang ko makan tu laaa yang akan membinasakan kau kat akhirat nanti. 
kat sini aku bagi link untuk korang baca komen dan reaksi mangsa yang tertipu: 
(link kedua tu update sampai APRIL 2016, tolong baca) 
dalam link ni, mangsa dah join dari tahun 2014 sehingga sekarang dan ade sedikit maklumat tentang dana lain. Tolong baca dan sebarkan ye demi adik-adik, kakak-kakak, abang-abang pak cik mak cik kat luar tu haaa...
yang link ni pulak forum. TOLONG BACA!!!!

Aku pohon laaaa buat mereka yang merancang nak join, tolonglaaa, aku merayu sangat ni, fikir 200 kali, 300 kali atau fikir sampai mampos sebelum join. sebab benda ni berkaitan dengan duit. DUIT BRO. Benda ni merenggangkan keluarga dan menjarakkan manusia serta membengkrapkan!! demi nak kaya, semua pon sanggup ye dok? INGATLAH bahawa duit tak datang bergolek ngadap muke. Duit datang dengan usaha (BKN USAHA TOP UP YER) dan doa selepas kita rajin berusaha dengan tangan yang Allah bagi kat kite. Duit tak datang dengan doa je. Itu kita kena faham.   
YANG INI KOMEN YANG AKU BACA DARI SEORANG ANAK: 
Anak Ayah
Saya sangat harap perkara ini tak menipu. Saya sedih tengok ayah yang sentiasa tertekan, kurang bercakap dan kurang meluangkan masa dengan kami. Ayah saya ialah seorang usahawan yang berjaya tetapi sejak ayah terjebak dengan perkara ni ayah dah jadi lain. Lebih banyak berrahsia. saya tahu pun sebab saya terbaca mesej mesej kawan ayah. Saya tahu ayah tak happy dan nak stop tapi seakan sudah terlajak hanya mampu menunggu moga ia bukanlah mimpi.
Saya tak harap pun duit juta-juta tu cuma saya harap org yang bertanggungjawab dpt pulangkan kembali duit ayah semula atau cukuplah jangan diperas lagi suruh ayah tambah lagi duit.
Ayah dah takde apa dah. Bisnes pun banyak hutang. Mujurlah kami adik beradik byk yg dh berdikari.
Saya mohon cukup cukuplah buat orang tua macam ni.
Kasihan ayah kami, masih setia menunggu pulangan yang entah bila mahu tiba.
Saya percaya tiada manusia lebih2 lagi yang mempunyai iman mampu tidur lena dengan menipu muslim yang lain.
Cukup lah, jangan sampai hukuman Allah itu tiba kerana Allah tak pernah tidur. Allah mengetahui apa yang berlaku.
Ingatlah doa orang dizalimi itu tiada hijab.
Jika masih ada sekelumit belas ehsan, mohon hentikan kegiatan ini semua. Kadang kala yang kita inginkan bukan harta kekayaan tetapi ketenangan hidup untuk bekalan negeri kekal akhirat.
Mohon maaf tersalah kata,
Dari seorang anak
HAAA.... sedih kan? nak menanges pulak aku nih..heheh
Kepada yang dah tertipu tu, dah terlambat nak tuntut balik duit sebab dorang takkan bagi balik punya. gerenti siot. Dan kepada yang masih percaya dana-dana ni jasman, ke lukman ke atau pelaburan lain tu,ha, korang tunggu je sampai akhir dan aku nasihatkan supaya tak top up dah.  Nak melabur jugak, laburlah duit korang tu untuk ASB atau pelaburan yang berlesen. Kalau dah teringin sangat, laburlah ke syarikat-syarikat besar..haaa kaya teros..
Alangkah indahnya kita titipkan rase bersyukur dengan kehidupan yang dah sedia ade untuk kita. 

25 comments:

  1. kalau dah bace, tolong share demi nasib Melayu :)

    ReplyDelete
  2. Sendiri yang cari masalah. Macam adik aku. Dah nasihat dia masuk jugak. Manusia suka tipu daya.

    ReplyDelete
  3. tanpa nama, mudah mudahan adik awak sedar sebelum terlambat. nak bankrap jugak di buatnya asyik top up..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Member aku dah masuk dah... Nak g buka Akaun international bank Kat Singapore.. Kat Malaysia ada 1 bank Kat kolumpo tp takut BNM trace.... Mapuh kerah.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling kesian, ade yg jauh-jauh datang ke KL nak bukak akaun tup2 org tu takde pun. kata nk bagi ganti rugi sampai skrng tak bagi

      Delete
  6. Member aku yg masuk kata dpt dlm rm500 juta... N dia bg free range rover sutir... Hahaaaa jeng.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bagi kat aku jugak. aku nak porshe

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Salam..pernah dengar tak dana datuk roy?

    ReplyDelete
  10. Sy trbaca ayat kt ats tu die ckp mkn la duit haram tu..soalan sy sape yg bg duit haram tu??mcm ne pemberi tau duit tu hram.jd die yg bg duit hram..x mustahil si pemberi juga mkn duit haram dr baki2 duit yg die dh laburkn.
    2

    ReplyDelete
  11. 2 2 link ke page tu x dpt bukak, page tu dh removed

    ReplyDelete
  12. aku da msuk benda haram ni bulan 12/2017.. duit da abis dlm 25oo lebih la yg aku ingt. x pasti. tp smpai skrg dana tu x keluar2 malah minta d top up lg. klu x topup duit xkn dapat.

    so sesiapa yg blm msuk dan teringin nk msuk aku sarankan baik x payah la. nnti jd mcm aku. menyesal x sudah.

    #budaksabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaya pelaburan in BPIP..Pelaburan sebegini paling tidak masuk akal....join modal Rm100 dapat hardcash 1 juta....incentivenya berubah rubah...ada sampai mencecah 10 trilion....paling ramai join pelaburan sebegini kawasan pendalaman sabah...daerah keningau....

      Delete
    2. nasihat pakcik kepada daerah keningau....jangan terlampau taksub nak cepat kaya....sekali terjerumus BPIP INI...TAK KAN BERHENTI SAMPAI BILA BILA SELAGI MODAL ANDA TIDAK KEMBALI..MEREKA MEREKA YG BERASAL DARI DAERAH KENINGAU KD DAMAI...BERHATI HATI...FIKIR SEDALAM DALAM NYA...

      Delete
    3. aku serumah ngan tukang yang duk cari mangsa termasuk ayah aku sendiri juga jadi mangsa dia...tunggu masa aku kasi hantar orang cekup habis dia..

      Delete
  13. https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk

    Web: almawaddah.info

    Salam


    Kepada:

     

    Redaksi, rektor dan para akademik


    Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang Disembunyikan


    Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info

    Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 


    Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan

    ReplyDelete
  14. Ya Allah..smg Allah berikan kesedaran bg mereka yg telah tertipu itu...agar tidak trlalu taksub..

    ReplyDelete
  15. Ya Allah..smg Allah berikan kesedaran bg mereka yg telah tertipu itu...agar tidak trlalu taksub..

    ReplyDelete